Monday, 12 November 2012

Kosmo! Online - Kesihatan

Kosmo! Online - Kesihatan


Periksa label makanan boleh kurus



WANITA lebih peka memeriksa label nutrisi makanan berbanding lelaki.



RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.

AEROBIC BERSAMA PERKEP


JOM KURUS TAPI SIHAT


AKTIVITI TERBARU KAMI 

BOOT CAMP 

BERMULA 01/12/12 (SETIAP HARI SABTU SAHAJA) KAMI MENJALANKAN PROGRAM LATIHAN FIZIKAL TAHAP MAKSIMA BAGI MEMBANTU ANDA YANG INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CARA YANG EFEKTIF, SELAMAT DAN SIHAT. LATIHAN INI DISELIA OLEH JURULATIH YANG BERPENGALAMAN. PAKEJ YANG DITAWARKAN ADALAH RM40 (LATIHAN 4 KALI SEBULAN). JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI KAMI. 

Saturday, 10 November 2012

PERHATIAN !!!!!!!!!

KAMI AKAN BERCUTI SEMPENA DEEPAVALI (13/11/12) DAN AWAL MUHARRAM (15/11/12).
SEKIRANYA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI PEJABAT KAMI. SELAMAT BERCUTI. HAPPY DEEPAVALI DAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM DARI KAMI PIHAK PENGURUSAN RNR. TERIMA KASIH 

RNR DI KOLEJ MANIPAL MELAKA

KAMI TELAH MELEBARKAN SAYAP PULA KE KOLEJ MANIPAL IAITU SEBUAH KOLEJ PERUBATAN DI MELAKA. KAMI  TELAH BERADA DI SANA SETIAP HARI KHAMIS JAM 6 HINGGA 7 PETANG BERSAMA WARGA KOLEJ MANIPAL. KAMI TERHARU ATAS SAMBUTAN YANG DIBERIKAN OLEH WARGA KOLEJ MANIPAL. SEMOGA JALINAN INI AKAN TERUS BERKEKALAN.



 STAF KOLEJ MANIPAL

STAF KOLEJ YANG BERSEMANGAT 


 BERSAMA CHAIRMAN KOLEJ MANIPAL




Saturday, 8 September 2012


KAMI TELAH BERSEDIA!! ...Ye, kami telah bersedia untuk menganjurkan beberapa program dan aktiviti luar seperti "Le Tour De DUN" dan Program Senamrobik Bersama RNR" yang bertemakan program kemasyarakatan. Program ini berkemungkinan akan bermula pada Oktober 2012.

So, kepada ahli-ahli kelab dan kawan-kawan yang ingin turut serta maklumkan kepada kami dan marilah kita beramai-ramai menyertai program kesihatan ini nanti.

PROGRAM ANJURAN BALAI POLIS DURIAN TUNGGAL, MELAKA

 Hii....Jumpa lagi kita selepas puas berhari raya...masa ini memang banyak "Open House" yang dianjurkan. Sesambil kita hadiri jamuan raya, ada juga pihak yang telah mengadakan program senaman dan sukan. Baru-baru ini, pada 8 September 2012 (Sabtu) RNR AEROBIC & FITNESS STUDIO telah dijemput oleh Pihak Balai Polis Durian Tunggal, Melaka....Bukan kena soal siasat tau, tapi dijemput untuk membuat senamrobik bagi program kemasyarakat agensi tersebut yang telah diadakan di Japerun Durian Tunggal.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Tuan Rossali (maaf jika salah eja nama) dan pihak-pihak yang telah bekerjasama dan memberi layanan baik kepada kami. Tidak lupa juga "abang cameraman" yang membantu ambil gambar kami..hehe...