Saturday 8 September 2012


KAMI TELAH BERSEDIA!! ...Ye, kami telah bersedia untuk menganjurkan beberapa program dan aktiviti luar seperti "Le Tour De DUN" dan Program Senamrobik Bersama RNR" yang bertemakan program kemasyarakatan. Program ini berkemungkinan akan bermula pada Oktober 2012.

So, kepada ahli-ahli kelab dan kawan-kawan yang ingin turut serta maklumkan kepada kami dan marilah kita beramai-ramai menyertai program kesihatan ini nanti.

PROGRAM ANJURAN BALAI POLIS DURIAN TUNGGAL, MELAKA

 Hii....Jumpa lagi kita selepas puas berhari raya...masa ini memang banyak "Open House" yang dianjurkan. Sesambil kita hadiri jamuan raya, ada juga pihak yang telah mengadakan program senaman dan sukan. Baru-baru ini, pada 8 September 2012 (Sabtu) RNR AEROBIC & FITNESS STUDIO telah dijemput oleh Pihak Balai Polis Durian Tunggal, Melaka....Bukan kena soal siasat tau, tapi dijemput untuk membuat senamrobik bagi program kemasyarakat agensi tersebut yang telah diadakan di Japerun Durian Tunggal.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Tuan Rossali (maaf jika salah eja nama) dan pihak-pihak yang telah bekerjasama dan memberi layanan baik kepada kami. Tidak lupa juga "abang cameraman" yang membantu ambil gambar kami..hehe...