Sunday 29 July 2012

TIP BADAN KEKAL SEGAR DAN BERTENAGA KETIKA BERPUASA

Ada beberapa tip yang boleh kita guna dan amalkan bagi memastikan badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa :

1) Bersahur dan berbukalah dengan  menu sihat yang seimbang.
2) Banyak minum air kosong ketika sahur.
3)Pilih  menu yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan segera ketika berbuka.
4) Jangan lupa sahur!!

Friday 27 July 2012

SALAM RAMADHAN...

        Salam untuk semua...sudah tiba bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu....Sempena menghormati bulan mulia ini, studio akan tutup dan tidak beroperasi sehingga perayaan Hari Raya Aidilfitri...Jangkaan studio akan dibuka semula ialah pada 1 September 2012.
        Walaupun studio tutup, kelas erobik ditangguhkan, ahli-ahli jangan lupa dan seharusnya meneruskan senaman di rumah dan sentiasa menjaga kesihatan di bulan Ramadhan ini...Jangan terlalu mengambil makanan dan minuman melebihi had dan berbelanja lah dengan cermat..hehe
        Bulan Ramadhan ini juga, banyak dugaan yang perlu ditempuhi oleh setiap insan samada dari segi dugaan makan minum, perbuatan dan sebagainya serta dugaan hidup. Salah seorang jurulatih kami telah menghadapi dugaan yang paling besar di dalam hidupnya di mana kedua-dua ibu bapa beliau telah meninggal dunia baru-baru ini...Al-fatihah...
        Secara keseluruhannya, di bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa untuk berpuasa ...Moga kita akan dapat berjumpa lagi selepas bulan Ramadhan..

Salam Ramadhan & Salam Sayang dari kami....RNR

Sunday 1 July 2012

RNR Aerobics Di Majalah iSIHAT!!

 HI, kekawan....dimaklumkan bahawa rencana kecil tentang RNR Aerobics & Fitness Studio ada diterbitkan di Majalah iSIHAT, edisi Julai 2012, di ruangan Pendapat Anda, muka surat 6....

Isi kandungan adalah berkenaan makluman tentang pembukaan studio ini untuk kaum wanita. Majalah ini memang sesuai dan bagus untuk dibaca. Ia banyak mengandungi maklumat-maklumat berkenaan kesihatan. Belilah majalah ini...hehe...(siap promote).