Friday 27 July 2012

SALAM RAMADHAN...

        Salam untuk semua...sudah tiba bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu....Sempena menghormati bulan mulia ini, studio akan tutup dan tidak beroperasi sehingga perayaan Hari Raya Aidilfitri...Jangkaan studio akan dibuka semula ialah pada 1 September 2012.
        Walaupun studio tutup, kelas erobik ditangguhkan, ahli-ahli jangan lupa dan seharusnya meneruskan senaman di rumah dan sentiasa menjaga kesihatan di bulan Ramadhan ini...Jangan terlalu mengambil makanan dan minuman melebihi had dan berbelanja lah dengan cermat..hehe
        Bulan Ramadhan ini juga, banyak dugaan yang perlu ditempuhi oleh setiap insan samada dari segi dugaan makan minum, perbuatan dan sebagainya serta dugaan hidup. Salah seorang jurulatih kami telah menghadapi dugaan yang paling besar di dalam hidupnya di mana kedua-dua ibu bapa beliau telah meninggal dunia baru-baru ini...Al-fatihah...
        Secara keseluruhannya, di bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa untuk berpuasa ...Moga kita akan dapat berjumpa lagi selepas bulan Ramadhan..

Salam Ramadhan & Salam Sayang dari kami....RNR

No comments:

Post a Comment